Wednesday, November 02, 2011

Senator Nalla!


As salam.

Berita gembira kepada pembenci-pembenci Kerajaan. Sekiranya suara anda cukup nyaring dan dirasai, anda mungkin terpilih menjadi YB Senator di Dewan Rakyat.


Hari ini, Datuk Nallakaruppan telah pun diangkat menjadi YB Senator. Terdapat suara-suara lembut disebalik tirai kuasa terasa jengkel terhadap perlantikan ini kerana sumbangan YB Datuk Nalla tidak terlalu dirasai oleh sesiapa baik kaum beliau sendiri, kaum india atau mana-mana badan selain daripada parti pimpinannya Malaysian United Indian Party (MUIP).

Bagaimana pun, seperti sangkaan ramai bahawa perlantikan ini merupakan ganjaran kepada Datuk Nalla kerana bersama-sama YAB PM menangkis serangan-serangan politik daripada pembangkang memandangkan beliau adalah kawan yang diakui rapat oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Apa pun, YB Senator perlu membuktikan bahawa pemilihan beliau bukan sekadar mewarnai Curiculum Vitae semata-mata tetapi mampu menyumbang kepada pelan transformasi Kerajaan. Beliau harus berani membawa perubahan kepada masyarakat India khususnya mendisiplinkan budaya orang India baik dalam sosial masyarakat, pendidikan dan budaya di negara ini.

Kita akur dan faham kuasa prerogatif Perdana Menteri mencadangkan kuota Senator. Justeru, sesiapa pun dipilih sama ada yang asalnya berkomplot menjatuhkan kerajaan demokratik atau sekadar mengampu pihak penguasa, amanah dan tanggungjawab perlu diberi keutamaan sebaik sahaja sumpah taat setia dan rahsia Kerajaan dipateri dijembala YB.

Kami rakyat marhaen akan sentiasa meneropong sumbangan YB-YB sekalian untuk dihakimi semasa pilihanraya. Itu sahaja tanggungjawab dan kuasa yang kami ada.

Pacco Nizam.

No comments: