Friday, November 04, 2011

Rasuah di musim haji??

As salam..

1. Hari ini semasa menunaikan solat di Surau Putra Al-Amin, Presint 8 Putrajaya, seperti hari-hari lain yang biasa kita akan berkhayal semasa mendengar khutbah jumaat. Maklumlah dengan nada suara imam yang tinggi rendah dan suasana panas-panas suam memang sesuai untuk berkhayal bagi menghilangkan mengantuk.

2. Labbaik allahumma Laibaik..labbaikala Lasyarikalla baik..dicelah-celah jutaan manusia berhimpun di baitullah, terdapat segolongan manusia yang berniaga disitu dengan menawarkan perkhidmatan sebagai 'body escort' atau pengawal peribadi kepada mana-mana jemaah yang bercita-cita untuk mencium Hajaratul Aswad. 

3. Kerjanya mudah. Sekiranya anda bimbang tidak dapat sampai ke penghujung kaabah dimana terletaknya Hajarul Aswad, pemuda-pemuda ini akan mengiringi anda hingga ke sana. Mereka akan merempuh dan memberi kawalan ala pemimpin negara dengan ikatan erat tangan mereka bagi memastikan perjalanan anda cepat dan selesa. Sebaik sahaja anda berjaya mencium Hajaratul Aswad sepuas-puasnya, mereka akan meminta bayaran ke atas perkhidmatan yang diberikan samada di luar atau di dalam kaabah.

4. Menurut imam di Surau Putra Al-Amin, perkhidmatan sebegini tergolong di dalam perbuatan rasuah. Menurut beliau, mengerjakan ibadah di dalam masjid perlu dilakukan dengan tertib, bersopan dan adil kepada semua jemaah. 

5. Pada hemat saya, perbuatan tersebut bolehlah digolongkan dalam perbuatan rasuah sekiranya:

(a) Polis/Pengawal keselamatan di kawasan Hajarul Aswad berpakat dengan kelompok pemuda ini dengan memberi laluan mudah kepada mereka sekiranya mereka hadir membawa jemaah. Polis/Pengawal ini akan turut menerima habuan sebagai sebahagian daripada pakatan ini.

(b) Pakatan pemuda ini tidak memaklumkan dengan jelas dan jujur apabila menawarkan perkhidmatan tersebut dan hanya meminta upah selepas jemaah terbabit mencium Hajaratul Aswad. Pada saya perbuatan sebegini adalah penipuan dan mengeksplotasi diatas keinginan orang ramai.

6. Bagaimanapun, sekiranya pihak jemaah memang mengetahui bayaran akan dikenakan dan bersetuju, pada saya perbuatan ini dianggap sebagai upah perkhidmatan. Sekiranya, pihak pengawal atau polis turut bersubahat ke atas perkhidmatan pemuda-pemuda ini, perbuatan ini adalah jelas RASUAH.

Pacco Nizam.

No comments: