Wednesday, November 02, 2011

Adu domba

As salam..

1. Hari ni aku bersemuka dengan kenalan aku. Last week ada panggilan dari seorang kenalan aku bernama F. Dia mengatakan kenalan aku yang sorang ni S telah memburukkan-burukkan aku di belakang antaranya aku suka lepak di tempat2 yang mencurigakan, hisap syabu, sedang dipergunakan untuk kepentingan diri S dan byk benda yang menyakitkan hati.

2. Sebenarnya selepas aku mendapat tahu tentang berita panass tersebut, hati aku terus pudar hendak terus berhubung dengan S. Pada aku, tidak ada apa yang merugikan kalau aku tidak berhubung lagi dengan beliau sebabnya selama ini segala pertolongan dan nasihat yang aku berikan adalah ikhlas lillahi taala tanpa mengharapkan sebarang timbal balik.

3. Semalam (31.10.2011) aku terima pesanan ringkas dari S iaitu selepas genap 1 minggu berita panas yang disampaikan oleh F kepada aku. S memaklumkan tentang cubaan F hendak mencuri ipod miliknya dan perancangan untuk melesapkan ipod tersebut adalah perancangan aku. SMS ini sebenarnya lebih panas dari berita panas F.

4. Tanpa berlengah, aku terus membalas SMS tersebut dan mengajak beliau untuk berjumpa. Pada aku, walaupun aku tak lagi berminat untuk berhubung dengan beliau, sekurang-kurangnya aku mendengar cerita versi S kepada aku. Mungkin selepas aku mendengar kedua-dua cerita versi F dan S, aku boleh menilai cerita siapa yang sahih untuk dipercayai.

5. Malangnya, S telah pun ada temujanji bersama rakan lama beliau dan berjanji untuk bertemu dengan aku pada masa lain. Jadi, aku menggunakan kesempatan itu untuk berjumpa dahulu dgn Y, kawan lama S bagi mendapatkan sedikit latar belakang yang belum aku ketahui mengenai S. Lebih malang, Y dan S baru lepas bergaduh mengenai pendrive. Jadi pertemuan aku dengan Y lebih kepada cerita-cerita kurang enak S sahaja. Aku biarkan masa kami berbual termasuk segala cerita Y mengenai aku kepada S. Aku beranggapan mungkin ada apa-apa cerita daripada Y yang membuatkan S menyimpan curiga dengan aku selama ini walaupun hakikatnya aku berjumpa S hanya atas tujuan memantu membina perniagaan S sahaja.

6. Hari ini, 1.11.2011 S menghantar SMS untuk berjumpa di tempat biasa di Hajris Bistro Cheras. Memandangkan aku baru sahaja terjaga dari tidur yang enak semasa hujan, tambahan pula perut belum diisi, pertemuan ini diibaratkan mengantuk disorong bantal. Hehe. Seperti biasa, kami berbual perkara-perkara lain sebelum sedikit demi sedikit aku mengalihkan kepada topik sebenarnya perjumpaan kami.

7. "Aku memang dah fikir tak nak lagi berhubung dengan kau, sebab aku percaya kaulah perancang utama mengsonglap ipod aku sebab F cakap ko yang ajar". Aku cuba buat muka tenang dan meminta beliau terus bercerita dari awal kisah ipod sehingga habis. Si S pon bercerita dari awal dan aku cuma menyampuk sekali sekala. Kemudian aku pula bercerita tentang perkara yang aku dengar melalui F kepada S.

8. Baiklah, kesimpulannya walaupun si F ni masih muda dengan umur baru 19 tahun, tetapi beliau perlu diakui hebat dengan segala sandiwara, tipu muslihat dan pandai merekayasa cerita bagi melaga-lagakan orang. Maklumlah yang dilaga-lagakan adalah brader-brader yang berumur 30-an. Akhirnya, aku berpuas hati dengan penjelasan S mengenai aku. Aku telah mengenali si F lebih 5 tahun membuatkan aku cenderung untuk percaya dengan S berbanding F. Mungkin benar kata bidalan, mendengar cakap budak, kita akan menjadi seperti budak! Walaupun pada asalnya perkenalan aku dulu untuk membimbing beliau menjadi muslim yang berakhlak.

9. Pengajaran dari kisah aku ini ialah, kita perlu berwaspada dengan orang yang suka ADU DOMBA. Kisah-kisah zaman Rasulullah mengenai perangai pengadu domba dalam memecah belahkan umat ini amat berguna untuk dijadikan iktibar supaya kita tidak terjerat dengan taktik kuda troy begini. Sekiranya kita alpa barang seminit, kita mungkin kehilangan benda, harta, wang dan nilai diri dengan mempercayai sepenuhnya cerita kuda troy. Sekian. Wassalam.


No comments: