Salam..
Sedarkah kita apabila tiba musim cuti, aliran trafik menjadi lancar? Bahkan kita boleh bermain-main di tengah jalan kerana hampir sunyi sepi tiada kenderaan.
Tapi senario tersebut hanya berlaku pada waktu 5-10 tahun sebelum ini. Ia tidak lagi berlaku pada masa sekarang. Sekiranya anda berguling-guling ditengah jalan raya diwaktu cuti bagi meraikan kesepian trafik, anda hanya bermimpi dan tindakan anda tidak lebih daripada BUNUH DIRI.
Itulah yang berlaku kepada setiap jalan-jalan raya di bandar di negara ini. Kepesatan ekonomi dan peningkatan terhadap taraf hidup rakyat menyebabkan setiap isi rumah sudah mampu memiliki sebuah kereta.
Sebab itu, rakyat dinegara ini amat berkira apabila bercakap soal makan dan minum kerana sebahagian perbelanjaan terpaksa diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan ansuran kereta. Demikianlah senario cuti dan trafik lalu lintas di negara ini. Kalau dahulu ia ibarat ada korelasi diantara keduanya, tetapi kini sudah menjadi hubungan mutual exclusive, tiada kaitan lagi diantara dua-dua elemen.

No comments:
Post a Comment