Monday, November 21, 2011

Harimau Malaya vs Garuda Muda

As salam.

1. Entri kali ini akan mengupas mengenai perang psikologi antara dua negara sebelum peperangan sebenar dua pasukan bola sepak Asia Tenggara meletus di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini (21 November 2011).

2. Sekiranya kita memerhati tentang perlawanan sukan di sepanjang Sukan Asia Tenggara (ASEAN Games) pada tahun ini di Palembang, Indonesia, acara-acara yang dipertandingkan memang banyak menyebelahi pihak tuan rumah. Bagaimana pun, negara ASEAN tidak mengemukakan bantahan secara rasmi melainkan komen-komen editor sukan di negara masing-masing.

3. Begitu juga di Malaysia, sepanjang Sukan SEA ini berlangsung, kita acap kali membaca komen-komen wartawan mengenai layanan, kemudahan dan mutu pengadilan setiap acara. Boleh dikatakan setiap acara dipertandingkan akan dipersoalkan integriti kerana mutu pengadilan yang dikatakan berat sebelah lebih-lebih lagi menyebelahi pihak tuan rumah.

4. Indonesia adalah sebuah negara yang antara paling ramai dihuni manusia di dunia. Sekiranya diambil kira dari kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi seramai 300 ribu orang pada tahun 2011, ini bermakna Indonesia sudah dihuni oleh 300 juta populasi manusia. Jumlah penduduk Jakarta sahaja 30 juta atau bersamaan seluruh penduduk Malaysia.

5. Sudah tentu apabila populasi rakyat yang begitu besar, Indonesia akan berdepan dengan pelbagai kekurangan untuk menguruskan keperluan manusia ini. Keperluan yang paling utama diperlukan dalam mengurus manusia ialah pendidikan.

6. Sesebuah tamadun menjadi legenda bukan kerana binaan yang keras dan ajaib tetapi ilmu-ilmu yang dipelajari dan seterusnya menyumbang kepada kegagahan sesebuah tamadun dalam membina negara bangsa. Kekurangan pendidikan di kalangan rakyat Indonesia telah menyebabkan rakyat bawahan negara tersebut mudah diekploitasi dan dibakar sentimen kenegaraannya untuk diperkudakan. Rakyat yang hanya dididik melalui siaran hiburan media dan akhbar-akhbar picisan yang ingin melonjakkan jumlah jualan, akan mudah dipengaruhi oleh khabar-khabar angin yang ditiup untuk kepentingan pihak tertentu.

7. Sekiranya disorot semula hubungan Malaysia - Indonesia sejak kebelakangan ini, kita akan dapati isu-isu yang dimainkan saban hari oleh media merupakan isu ciptaan dan tidak real. Isu-isu seperti perebutan blok minyak di kawasan ambalat, penderaan pekerja domestik oleh majikan Malaysia, isu tarian tradisional Bali dalam iklan promosi Malaysia dan yang terbaharu batu sempadan di Sarawak dan Indonesia semuanya terbukti diseleweng dan dicipta. Bagaimana pun, isu-isu yang disebut tadi berjaya diapikan sehingga memerlukan campur tangan diplomatik untuk diredakan.

8. Sampai bila hubungan begini perlu diteruskan. Apabila ada sahaja hal-hal berkaitan Malaysia yang tidak disenangi pihak Indonesia, pelbagai cemuhan dan cercaan malahan sehingga bendera Malaysia dan kedutaan akan menjadi tempat melepaskan geram. Walau apa pun gelaran kita berikan kepada pihak-pihak tidak bertamadun di Indonesia ini, perkara yang sama akan tetap diulang kerana kebebasan tanpa had media negara garuda ini dalam mengapikan isu-isu tidak menghadapi sebarang tindakan pemerintah.

9. Malaysia akan menghadapi dugaan besar apabila bertemu pasukan negara Indonesia bagi merebut gelaran Juara Bola Asia Tenggara malam ini. Walaupun acara ini sudah biasa dipertandingakan apabila berlangsungnya temasya sukan ini, perlawanan antara Malaysia vs Indonesia akan menarik jutaan penonton. Bukan kerana bola, tetapi kerana kedua-dua negara ini mempunyai misi khas. Bagi Malaysia, menjadi juara di padang dengan aksi provokasi 100 ribu penonton Indonesia, merupakan pencapaian yang paling istimewa buat negara ini. Apatah lagi ianya merupakan kejuaraan berturut-turut Malaysia setelah menumpaskan Indonesia semasa piala Suzuki pertengahan tahun ini.

10. Manakala bagi Indonesia, misi menebus malu apabila tewas kepada Malaysia dalam persaingan peringkat kumpulan dan piala Suzuki adalah tanggung jawab besar yang akan dituntut oleh penonton mereka yang akan berteriak histeria bagai cimpanze dilepaskan dari hutan.Diharapkan pihak berkuasa Indonesia menyuntik pelali sekiranya cimpanze ini menjadi tidak siuman.

11. Kepada semua peminat bola sepak Malaysia, marilah kita bersama-sama berdoa supaya keselamatan, kesihatan dan kemahiran pemain-pemain bola sepak Harimau Muda dipelihara oleh Allah dan berjaya menempuh dugaan ini dengan selamat dan membawa pulang piala keramat Sukan SEA ke tanah air. Amin.
HIDUP HARIMAU MUDA!!

Pacco Nizam.

Saturday, November 19, 2011

Bisul

Salam. (UPDATED)

1. Entri kali ini saya ingin menulis sesuatu mengenai bisul. Saya terfikir untuk menulis hal ini tatkala beberapa buah fikiran saya mengenai hal-hal semasa tidak dapat dicoret dek kerana mood dan idea mengupas hal-hal berkenaan perlu dialihkan untuk memberi kesegaran badan menghadapi ujian fizikal dari Allah ini.

Hari ketiga
2. Sebenarnya saya telah dijangkiti penyakit bisul. Bisul menurut wikipedia merupakan jangkitan bakteria atau pelepasan toksin di dalam badan melalui pertahanan tisu. Menurut wikipedia lagi  "Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteriaatau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangandengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling."
3. Saya mula mengesan bisul ini pada hari isnin (15 Nov 2011). Pada hari khamis (18 Nov 2011) kakak saya, Ida Rosziana telah membantu memicit keluar nanah-nanah yang terkumpul di kawasan bisul. Bagaimanapun harapan saya supaya bisul mula mengecut meleset apabila nanah masih mengalir setiap kali saya menukar tisu yang dilapikkan di atas bisul.
hari kelima

4. Kakak saya memaklumkan bahawa bisul saya mempunyai banyak mata. Menurut kamus bahasa melayu perak, bisul yang mempunyai banyak mata dikenali sebagai PERCHUT. Nasib saya tidak berapa baik, apabila 9 mata telah dikeluarkan punatnya tetapi tumbuh pula lagi 3 mata. Ini bermakna masih ada bisa da bengkak akan berlaku sebelum dapat dikeluarkan matanya. Saya perlu menunggu sehingga bisul-bisul baru ini masak kerana percubaan kakak saya untuk mengeluarkan matanya semalam tidak berjaya.
Cara Mengubati
5. Hanya kepada sesiapa yang pernah mengalami sakit ini sahaja yang mengerti kesakitan penyakit bisul. Sekiranya anda baca semula takrifan bisul di wikipedia di atas, dan anda bayangkan bagaimana nanah diangkut disekeliling kawasan sel-sel mati dan derita sakit untuk dideritai. Hanya yang sedang mengalaminya akan tahu keperitan bisul. Saya menerima beberapa cadangan daripada rakan Facebook melalui tampalan status terkini saya mengenai bisul. Salah satu cadangan adalah makan antibiotik cloaxillin 500 mg yang boleh diperolehi di farmasi. Ada juga cadangan supaya saya menepek dengan bawang putih. Bagi sesiapa yang baru mendapat bisul ini iaitu tanda-tanda seperti jerawat yang timbul, cara yang paling mujarab adalah menyapu dengan kapur sireh disekeliling bahagian. InshaAllah bisul anda akan terbantut seterusnya mengecut. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak dilaksanakan kerana bisul telah pecah dan dalam proses untuk mengecut mengikut kebiasaan bisul. Harap-harap begitulah.
closed-up dengan kesan lubang mata yang telah dipicit

6. Semalam saya mengajak seorang kawan untuk berbual minum di waktu malam. Kata beliau,setiap penyakit yang diturunkan adalah ujian bagi membersihkan dosa-dosa kecil kita. Kata beliau lagi, Allah hanya menguji hambaNya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya.

7. Semoga penyakit bisul ini akan cepat berakhir bersama-sama dosa-dosa kecil yang ada pada hambaMu ini ya ALlah. Wallahu 'Alam.

Pacco Nizam.

Thursday, November 10, 2011

British tidak menjajah Tanah Melayu

As salam.

1. Rutin biasa setiap kali menghadiri mesyuarat ialah mengambil catatan yang perlu dan susul sekiranya terdapat tindakan yang melibatkan saya.

2. Bagaimana pun mesyuarat yang dihadiri hari ini selesai dalam masa yang singkat memandangkan setiap perkara yang dibincang tidak memerlukan perbincangan tambahan. Alhamdulillah!
Justeru pengerusi mesyuarat berbual-bual kosong dengan kami semua tentang banyak isu semasa. Yang menarik perhatian coretan pada hari ini ialah pandangan mengenai Tanah Melayu tidak pernah dijajah.  

3. Benarkah begitu? Adakah pengajaran subjek sejarah di sekolah tidak tepat atau bahasa yang lebih keras ialah FAKTA PALSU. Setelah mendengar penjelasan daripada pengerusi mesyuarat tersebut yang juga lulusan Sejarah Universiti Malaya tahun 1986, maklumat tambahan mengenai isu ini juga telah dibincang juga oleh pengerusi tadi bersama Profesor Emeritus Khoo Kay Kim ketika Prof Khoo menyampaikan Ceramah Pengkisahan Merdeka pada bulan september 2011 yang lalu di tempat kami bertugas, menjadikan perbincangan kami amat menarik dengan fakta dan penjelasan terperinci.

4. Isu pertama: Raja-Raja Melayu berkuasa atau British yang berkuasa di Tanah Melayu sebelum 1957?

Sejak tertubuhnya sistem negara beraja pada zaman Parameswara semasa Kesultanan Melaka, fungsi dan kedaulatan Raja-raja Melayu kekal hingga saat ini. Kehadiran British di Tanah Melayu adalah sebagai pegawai yang mentadbir negara ini melalui Syarikat Hindia Timur British. Kehadiran British adalah menawarkan kepakaran mereka dalam menguruskan ekonomi dan mengutip cukai sahaja dan masih menjadikan raja-raja melayu sebagai pihak yang berkuasa penuh ke atas semua negeri di Tanah Melayu. Maka dengan itu, setiap pesuruhjaya British yang bertugas di negara ini perlu mendapat keizinan daripada raja-raja Melayu dan perjanjian penugasan perlu dimetrai sebelum British boleh menjalankan tugasan mereka.

Isu Kedua: Sekiranya British yang bekerja, Raja sebagai boneka?

Itulah kedudukan raja. Raja tidak membanting tulang empat kerat. Raja hanya memastikan setiap undang-undang di bawah jajahanya di patuhi. Undang-undang ini termasuklah urusan nikah kahwin, keselamatan dan kebudayaan. Selain itu, setiap hasil dalam kawasan jajahan baginda hendaklah dikenakan cukai sebagai hasil kepada baginda. Boneka atau tidak adalah label dan gelaran yang tidak menggugat kuasa raja melayu.

Isu Ketiga: Jika Raja berkuasa penuh, apa perlu Tanah Melayu dimerdekakan?

Persoalan inilah yang mengelirukan orang ramai. Mengikut Prof Khoo, Tanah Melayu perlu dimerdekakan daripada kerja-kerja pentadbiran yang sebelum ini dikuasai oleh British. Raja-raja Melayu hanya bertindak atas nasihat British. Sebelum negara merdeka pada tahun 1957, sistem negara ini adalah sistem negara Raja Berdaulat dan British telah menggunakan kesempatan ini untuk menjadi penasihat kepada raja sebagaimana amalan kerajaan Britain. 

Selepas merdeka pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu melaksanakan sepenuhnya sistem negara Raja Berpelembagaan iaitu kuasa pentadbiran diserah kepada rakyat Tanah Melayu. Raja hanya bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Manakala Perdana Menteri pula dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. 

Kemerdekaan Tanah Melayu adalah lebih dihormati walaupun tidak diperolehi melalui perjuangan buluh runcing seperti di Indonesia, British telah membantu hak-hak penduduk asal negara ini dipertahan sampai bila-bila melalui jaminan Islam agama Persekutuan, kedudukan dan hak Bumiputera dan Bahasa Melayu. Semua ini telah dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah diperakui oleh British sebelum British bersetuju menyerahkan kuasa pentadbiran kepada rakyat Tanah Melayu.

Isu Keempat: Mengapa British disebut penjajah sekiranya hanya bertindak sebagai pentadbir kepada Raja?


Gelaran penjajah memang sesuai kerana walaupun kuasa British sebagai pentadbir, mereka telah mengeksploitasikan kuasa mereka sepenuhnya melalui pengeluaran lesen, penggajian buruh, sistem persekolahan dan budaya hidup rakyat. Semua budaya British telah diserap dan dibudayakan kepada rakyat negara ini. Mereka tetap dengan ego kolonial walaupun kuasa diberi hanya sedikit oleh Raja-raja Melayu. 

Namun, British masih boleh diterima baik kerana tidak menghapuskan sistem beraja walaupun boleh bertindak licik dengan pelbagai muslihat untuk menjatuhkan sistem beraja. Darah kolonial Belanda membuktikan kolonial boleh menghapuskan sistem beraja sebagaimana yang telah berlaku di Indonesia.


5. Kesimpulannya, kemerdekaan negara yang disambut pada 31 Ogos 1957 setiap tahun adalah simbolik kepada kuasa rakyat telah dikembalikan kepada rakyat negara ini untuk menentukan untung nasib anak bangsa mereka sendiri. Sebab itu, idea asal British bagi memberikan kebebasan mentadbir melalui Malayan Union telah ditolak oleh UMNO kerana pemimpin pada masa itu sudahpun berpandangan jauh dengan melihat kelibat British akan terus kekal di bumi Tanah Melayu sekiranya Malayan Union diterima. 

Mat Sabu, saudara perlu berehat daripada politik kerana masih berfahaman polis Tanah Melayu berkhidmat kepada British. Sedangkan hakikatnya, polis pada zaman itu berkhidmat untuk raja-raja mereka. Saudara hanya menajadikan sejarah negara ini kucar-kacir yang mana anak-anak dan cucu saudara yang akan menerima padahnya pada masa hadapan.Kerana pada waktu itu, saudara mungkin sudah nyanyok atau beristeri rehat di Iran dengan fahaman Syiah saudara. 

Sekian. 

Pacco Nizam.

Wednesday, November 09, 2011

Islam membenarkan kahwin untuk seketika??

As salam..

1. Pernahkah anda mendengar sesiapa dikalangan rakan atau saudara kita yang berkahwin untuk satu tempoh yang pendek dan kemudian bercerai. Sekali pun ia berlaku, kita akan terus beranggapan perkahwinan yang dibina adalah drama bagi menutup aib atau terdapat helah disebalik perkahwinan tersebut.

2. Semalam (8 Nov 2011) sewaktu saya memandu kereta sambil mendengar radio pilihan utama anda, IKIM FM saya mendengar perkongsian ilmu wawancara bersama Rektor UIAM, Datuk Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin yang berbincang mengenai fasakh dan taklik dalam membubarkan perkahwinan.

3. Walaupun, topik tersebut belum relevan untuk saya yang masih bujang trang-tang-tang ini, namun terdapat beberapa perkara yang sangat menarik minat saya untuk tekun mendengar apabila Dr. Zaleha menerangkan bahawa terdapat aliran kepercayaan dalam Islam yang membenarkan sesebuah perkahwinan dibubarkan selepas satu tempoh yang singkat.

4. Perkara ini sebenarnya telah pun saya dengar sebelum ini. Perkahwinan yang dimaksudkan adalah MUTAAH. Mutaah ini hanya wujud dalam mazhab Syiah. Dalam kelompok Sunnah Wal Jamaah baik dari Arab Saudi hingga China atau dikalangan Imam 4 Mazhab iaitu Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi, tiada istilah mutaah yang dihalalkan. 

5. Bagi mendapatkan kepastian berkenaan hal mutaah ini, saya telah merujuk kepada sahabat saya yang faqih dalam syariah dan hukum Fiqh Islam iaitu Ustaz Fadhlan Yahya, beliau menerangkan bahawa mutaah telah DIHALALKAN dizaman Saydina Ali karamallahu wajhah bagi memastikan setiap askar yang pergi berperang dapat memberikan khidmat yang cemerlang selepas keperluan batin ditunaikan. Namun menurut Ustaz Fadhlan lagi, Saydina Ali r.a. jugalah yang MENGHARAMKAN mutaah ini daripada diteruskan selepas membuat pertimbangan yang sangat teliti.

6. Bagaimana pun, amalan mutaah dikalangan pengikut Syiah masih diteruskan sehingga kini. Menurut Dr. Zaleha pada petang itu lagi, di Iran mutaah yang dibenarkan dengan pra-syarat yang amat ketat. Antara syarat-syarat yang perlu dipersetujui adalah tidak dibenarkan membuat zuriat semasa dalam tempoh perkahwinan, tiada tuntutan nafkah yang boleh dipohon selepas perceraian dan pasangan perempuan yang dibenarkan untuk melangsungkan nikah mutaah adalah BALU (janda) sahaja.

7. Mutaah atau nikah kontrak ini mempunyai implikasinya yang tersendiri sekiranya diamalkan di negara ini. Ikatan perkahwinan bukan setakat menikmati hubungan seksual tetapi pembinaan sebuah keluarga yang diredhai oleh Allah s.w.t.

8. Para imam mazhab dalam Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa mutaah diharamkan dalam Islam walaupun menyedari Syiah membenarkan perlakuan sedemikian. Seperkara lagi, kita tidak boleh mengamalkan mana-mana ibadah dalam mana-mana mazhab mengikut kesukaan kita. Amalan ibadah kita mestilah mengikut ajaran Imam Mazhab masing-masing melainkan kita mempunyai ilmu yang secukupnya terhadap persamaan dan perbezaan kesemua pendapat Imam Mazhab. Apatah lagi mazhab Syiah yang tidak tergolong dalam Sunnah Wal Jamaah.

Wallahu 'Alam.

Pacco Nizam.

Tuesday, November 08, 2011

Sijil Kewangan @ Sijil MOF

As salam..

1. Coretan pada petang ini adalah mengenai panduan memohon Sijil Kementerian Kewangan atau juga dipanggil Sijil MOF. Sijil ini amat berguna sekiranya anda mempunyai transaksi perniagaan dengan mana-mana Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Malahan sekiranya anda berminat untuk membekal atau menyediakan khidmat perundingan, anda perlu ada Sijil MOF ini.

2. Pada waktu ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat penambahbaikan bermula daripada permohonan sehingga sijil tersebut diluluskan. Semua urusan boleh dibuat secara dalam talian dan tidak memerlukan khidmat orang tengah.

3. Sekiranya anda tidak mahir atau tiada pengetahuan mengenai cara memohon, segalan persoalan boleh dirujuk kepada talian hotline pendaftaran iaitu di nombor 03-79857777 atau layari www.eperolehan gov.my

Bayaran:

Bagi yuran pendaftaran anda perlu sediakan tunai/bank draf dialamatkan kepada Kementerian Kewangan sebanyak RM450.00 manakala bagi pembelian kad pintar fungsi pendrive berharga RM199.00 .

4. Secara ringkas saya telah sediakan Senarai Semak untuk kegunaan pelayar laman blog ini.



NO


DOKUMEN

PERINCIAN
1
Borang D
(a)                                                                     (i) Sijil perakuan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) –PEMILIK

(b)                                                                     (ii) Sijil perakuan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – SYARIKAT

2
Dokumen sokongan bagi ALAMAT SYARIKAT (yang mana berkaitan sahaja)

(a)     Rumah atau Pejabat yang disewa/ Rent:
(i)                   Tenancy agreement with stamping; and
(ii)                 3 months receipt of payment;

(b)     Rumah atau Pejabat yang dimiliki sendiri/Owned
Copy of grant / Sale and Purchase Agreement;

3
Borang peristiharan bank

Borang hendaklah dimuat turun dari portal pendaftaran syarikat e-perolehan/ Downlodable from E-perolehan Website dan hendaklah DISAHKAN oleh bank
4
Salinan Kad Pengenalan
(i)                   Pemilik/rakan kongsi ; dan
(ii)                 Pekerja
MESTI ada minimum 2 orang Pekerja Syarikat ( 1- Mgt , 1- Staff)

Salinan penyata Akaun Bank terkini
Baki terkini MESTI tidak kurang RM2,500.00
6
Alamat Bank dan No Akaun Syarikat


7
Bayaran

(i)              Bayaran pendaftaran RM450 (Tunai/Cek/Draf)
(ii)            Bayaran Smart Card RM200.00 (recommended USB mode)
(iii)          10 Bidang percuma. Penambahan bidang dicaj RM50 / bidang
(iv)          Fee perkhidmatan RM350.00

8
Bumiputera
Pemilik/Rakan Kongsi mestilah Bumiputera sahaja



Sekiranya anda tidak mempunyai masa atau tidak berkesempatan menguruskan, sila hubungi saya pacco372@gmail.com. Bayaran fee perkhidmatan adalah RM350 sahaja manakala bayaran wajib kepada MOF adalah RM450+RM200 = RM650.

Sekian.

Pacco Nizam.

Cuti dan Traffik Sesak

Salam..

Sedarkah kita apabila tiba musim cuti, aliran trafik menjadi lancar? Bahkan kita boleh bermain-main di tengah jalan kerana hampir sunyi sepi tiada kenderaan.

Tapi senario tersebut hanya berlaku pada waktu 5-10 tahun sebelum ini. Ia tidak lagi berlaku pada masa sekarang. Sekiranya anda berguling-guling ditengah jalan raya diwaktu cuti bagi meraikan kesepian trafik, anda hanya bermimpi dan tindakan anda tidak lebih daripada BUNUH DIRI.

Itulah yang berlaku kepada setiap jalan-jalan raya di bandar di negara ini. Kepesatan ekonomi dan peningkatan terhadap taraf hidup rakyat menyebabkan setiap isi rumah sudah mampu memiliki sebuah kereta. 

Sebab itu, rakyat dinegara ini amat berkira apabila bercakap soal makan dan minum kerana sebahagian perbelanjaan terpaksa diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan ansuran kereta. Demikianlah senario cuti dan trafik lalu lintas di negara ini. Kalau dahulu ia ibarat ada korelasi diantara keduanya, tetapi kini sudah menjadi hubungan mutual exclusive, tiada kaitan lagi diantara dua-dua elemen.

Malah lebih memeranjatkan apabila anda melalui jalan-jalan utama di sekitar Bukit Bintang pada hari hujung minggu, kesesakan berlaku sehingga dinihari. Walaupun perjalanan hanya perlahan dan tidaklah menyebabkan tidak berjalan, namun ianya tetap memeranjatkan kerana berlaku diwaktu sepatutnya orang berada dirumah bersama keluarga.Walau apa pun, inilah spill over effect terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara yang perlu di urus dengan cekap dan bertanggungjawab.

Sunday, November 06, 2011

Ziarah

As salam..

Pagi ini saya, emak dan 2 orang anak buah telah ke pusara nenda kami di Seksyen 20, Shah Alam. Setelah sekian lama tidak menziarah pusara beliau, terdapat beberapa perkembangan yang akan dibangunkan di sekitar kawasan pusara tersebut. Semoga pembangunan yang dirancang tidak menjejaskan keharmonian kawasan perkuburan yang menempatkan perkuburan Islam, Hindu dan Kristian.

Eid Al-Adha

As Salam..

1. Pada hari yang berbahagian ini, dengan syahdu berkumandangnya Tasbih dan Tahmid memuji Allah Swt. diwaktu subuh sebelum semua umat Muhammad menunaikan solat, diucapkan Eid Al-Adha 1432H kepada semua.

2. Walaupun sambutan hari raya ini tidaklah semeriah hari raya eid al-fitri, namun setiap hari raya yang disambut mempunyai sejarah dan hikmahnya yang tersendiri. Hari raya eid al-adha ini juga dikenali sebagai Raya Qurban adalah simbolik kepada pengorbanan Nabi Ibrahim yang terus diabadikan untuk memberi motivasi kepada setiap umat selepas generasi Baginda untuk terus beribadat dan sanggup untuk berkorban demi menegakkan daulah Islamiah di muka bumi ini.


SELAMAT EID AL-ADHA 1432H
Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, November 05, 2011

Korban satu bahagian lembu tiada dalam Islam???

As salam..

1. Hari ini 5 November 2011 atau 8 Zulhijjah 1432H merupakan hari berkumpulnya seluruh umat Muhammad di padang Arafah bagi menunaikan Wukuf. Tidak sah haji sekiranya tidak dilaksanakan wukuf. Inilah keistimewaan haji berbanding umrah. Lihat sahaja perbezaan rukun di antara haji dan umrah:


Rukun Haji (6 perkara)
1. Niat ihram mengerjakan haji
2. Wukuf di Arafah
3. Tawaf di Kaabah
4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
5. Bergunting atau bercukur rambut
6. Tertib pada kebanyakan rukunnya

Rukun Umrah (5 perkara)
1. Niat ihram mengerjakan umrah
2. Tawaf
3. Sai'e
4. Bergunting atau bercukur
5. Tertib


2.  Wukuf seperti yang difahami daripada portal Islam www.al-azim.com adalah  rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

WAKTU WUKUF 

Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"


3. Tetapi persoalan yang ditimbulkan adalah mengenai korban. Isu wukuf yang dibangkitkan hanyalah pre-amble kepada persolan yang hendakk dirungkai. Saya tergerak untuk membuat catatan mengenai korban kerana baru terbaca komen-komen rakan facebook yang membahaskan isu samada bahagian korban adalah sama dengan ibadah korban yang disunatkan sebagaimana hadith nabi.

Berikut adalah petikan wall sahabat FB :
Hadith nabi sudah jelas bahawa aqiqah dengan seekor kambing atau dua ekor..tapi ada yg terlebih pandai mengatakan satu bahagian lembu menyamai kambing..?adakah petnjuk kita melebihi petnjuk Nabi?aqiqah utk yg mampu,jgn kerana tidak mampu ada yg sanggup 'korbankan' syariat..andai lembu itu menyamai kambing maka akan adalah unta menjadi syariat aqiqah,namun tidak sama sekali!

4. Bagamaimana pun, terdapat hujah rakan FB beliau telah menerangkan secara panjang lebar mengenai komen di atas:

Anuaruddin Ben Razzaque Jika akikah dibuat dengan lembu, adakah 1 bahagian untuk seorang? Bolehkah kita buat 1 bahagian untuk anak yang kembar sekaligus.

Aqiqah ini disunatkan dengan kambing bagi setiap anak, Lebih baik lagi (jika mampu), jika anak lelaki hendaklah disembelih 2 ekor kambing sebagaimana A'isyah ra katanya :

"Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan" -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].

Ulama' Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-

"Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing" - [hadith riwayat al-Tabarani].

Menurut Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :-

a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.

b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.

Berbalik kepada persoalan diatas, berdasarkan hadith Nabi saw maksudnya - "Setiap anak lelaki di gadaikan dengan aqiqahnya", eloklah dilaku setiap bahagian lembu tersebut (1/7) kepada setiap anak-anaknya. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi :saw melakukan aqiqah kepada setiap seorang cucunya, Hasan ra. dan Husein ra..[Hadith Riwayat Abu Daud #2841, al-Nasaa'i #4219].

Benar, satu bahagian adalah mencukupi bagi satu keluarga didalam ibadat korban, Nabi :saw telah menempah kibash yang mempunyai kaki hitam, perut hitam dan warna hitam mengelilingi matanya agar baginda dapat melakukan ibadat korban. Berkata baginda kepada A'isyah ra. "Berikan ku Pisau" dan A'isyah telah memberinya. Baginda mengambilnya dan meletakkan Kibash di atas tanah lalu menyembelihnya seraya berkata:

"Dengan nama Allah, Ya Allah, terimalah (korban ini) bagi pihak Muhammad dan keluarga Muhammad, dan umat Muhammad, kemudian dia mengorbankannya" [Hadith Riwayat Muslim].

Telah diriwayatkan oleh Ayob al-Ansari bahawa :-

"Dizaman Nabi :saw, seseorang lelaki boleh berkorban seekor kambing bagi pihak diriya dan kaum keluarganya, dan mereka akan makan sebahagian dan memberikan (agihkan) sebahagiannya" [Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmudzi].

Menurut ulama', 1/7 unta atau lembu, menyerupai seekor kambing, maka memadai 1/7 lembu dikorbankan bagi pihaknya dan keluarganya. WA.

Petikan sebuah fatwa berbahasa Inggeris didalam IslamOnline :-

One Sacrifice Is Sufficient for the Whole Family

It is sufficient for the head of the household to offer one animal on behalf of himself and the members of his family, as it was proved that the Prophet (peace and blessings be upon him) offered a she-goat on behalf of himself and his kith and kin. However, one may also offer a whole camel or cow as sacrifice on behalf of one, and seven people can share in offering one cow or camel, whether they belong to the same family or not. In this regard, according to Jabir (may Allah be pleased with him), the Prophet (peace and blessings be upon him) and his Companions shared during the Hudaybiah year in offering sacrifices: seven of them would share in offering one camel or cow.

[b\All About Udhiyah: Rulings and Conditions [/b]
url : http://www.islamonline.net/servlet/Sate ... 5167182386

Sekian, wassalam

==============
1. Dr Mustafa al-Khin [et. al]. al-Fiqhu al-Manhaji - 1. cetakan ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.ms 490.

2. Fatwa Markas Dr Abdullah al-Faqih. . url :http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat ... d&Id=15288

5. Beliau bukan sahaja mengulas tetapi memasukkan sumber rujukan beliau. Yang menarik adalah maklum balas tuan punya wall:

    • الفوزاني Al-Fauzan Salam jie..enta baca abis ke dak artikel tuh? tiada satu pun nas menunjukkan bahawa aqiqah dari haiwan al-an am seperti unta, lembu dan kerbau? .malas..tiada juga hadith menunjukkan 1/7 menyamai seekor kambing...itu hanya andaian semata2 dan telahan dari penulis tersebut. Amalkan yang jelas berdasarkan sunnah..jauhkan yg meragukan dan menyimpang dari petunjuk SUnnah
      6 hours ago ·  ·  2
    • الفوزاني Al-Fauzan ‎"menurut ulama"..ulama mana..mu'tabar atau ghair mu'tabar...sbb ulama yang kata tudung tak wajib pun ada seperti Ibn ASyur dalam tafsirnya...jika semua khliaf diraikan, maka dimana perginya ahdith.."sebaik2 petunjuk adalah petunjuk Allah dan Rasul"..maka nas yang jelas, dahulukan yang jelas...maka pendapat "1/7 menyamai seekor kambing adalah dari riwayat ulama mana??..malah, bahagian2 seekor kambing dan 1/7 adalah jauh bezanya antara satu sama lain.Wallahu alam. Hadith atas perlu di cek ttg darjat kesahihhannya.

      Justeru saya mengambil pendirian untuk mencari kesahihan pandangan Ustaz Fauzan seperti ditampal di atas wall beliau.

      Pacco Nizam.