1. Hari ini, 5.3.2013 (selasa), satu operasi ketenteraan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat serangan ke Kg. Tanduo Lahad Datu, Sabah.
2. Serangan menggunakan taktikal tentera ini diambil setelah pihak pengganas memulakan serangan ke atas anggota keselamatan Malaysia yang telah mengorbankan 8 orang pegawai dan kakitangan polis.
3. Al-Fatihah disedekahkan kepada semua jenazah dan didoakan mereka gugur sebagai syuhada.
4. Sehingga 5.3.2013, seramai 8 orang anggota keselamatan yang gugur adalah :
1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak
Semporna:
1. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
2. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
3. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
4. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
5. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
6. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.
5. Sehingga pukul 3 petang, pihak keselamatan Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang statistik mengenai kemalangan jiwa yang terlibat semasa Operasi Daulat dilancarkan.
6. Mari kita merapatkan barisan, membulatkan tekad dan bersatu padu bermunajat kepada Allah supaya bumi Sabah dan negara Malaysia dirahmati dengan keamanan. Semoga semua pengganas Suluk dibersihkan dari bumi Sabah.
7. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui susur galur Kesultanan Sulu dan implikasi perundangan ke atas tuntutan mereka ke atas Sabah, sila ke blog ini. http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-pencerobohan-lahad-datu-oleh-tentera-diraja-kesultanan-sulu/. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment