As Salam.
Hari ini 6.3.2013 (Rabu), gerakan menggeledah kawasan yang telah diserang oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih lagi berjalan diketuai oleh Polis dengan kerjasama ATM.
Sedikit latar belakang grafik kedudukan pengganas di lahad Datu yang diambil dari blog Malaysiamilitarypower.blogspot.com.


Sehingga malam tadi, laporan berita masih tidak mengesahkan jumlah pengganas suluk yang telah ditemui. Bagaimana pun, angka korban yang telah ditemui sekitar 20-25 orang.
Menurut spekulasi beberapa forum blog, pengganas suluk ini telah berjaya berpindah sebelum TUDM melakukan serangan ke atas kubu-kubu yang telah dikenal pasti.
Tun Mahathir Mohamad berkata, Malaysia perlu membuat perancangan dengan teliti bagi menangani insiden ini memandangkan pencerobohan secara bersenjata dan melakukan serangan ganas terhadap anggota keselamatan Negara serta ancaman terhadap orang awam adalah perkara baru. Malaysia tidak pernah mempunyai pengalaman menghadapi ancaman secara drastik seperti ini sebelum ini.
Pada hemat saya, keupayaan perisikan kita sama ada di pihak PDRM iaitu Special Branch dan ATM (Military Intelligence) perlu diperkemas dan disusun semula khususnya di kawasan yang dihuni ramai oleh pendatang Filipina dan Indonesia di Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna dan Sandakan. Saya masih kurang berbangga dengan keupayaan perisikan Polis dalam menangani insiden ini memandangkan kematian anggota Polis yang diserang hendap tidak sepatutnya berlaku sekiranya maklumat perisikan mempunyai clue terhadap latar belakang penceroboh yang mengumpan untuk berunding sebelum E1 dihantar.
Bagaimana pun, diharap pihak Bukit Aman dapat mengkaji semula silibus latihan terhadap anggota SB dan meningkatkan tahap lasak anggota polis baru.
Adakah anggota baru Polis mentah dan lembik? Saya masih percaya terhadap kekuatan pasukan Polis tetapi setiap anggota juga perlu mengambil inisiatif meningkatkan kompetensi masing-masing.
No comments:
Post a Comment