Friday, March 08, 2013

Breaking News: Bapak Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim akui Liwat II Fitnah

As salam.

Negara digemparkan dengan pengakuan daripada bapa Saiful Bukhari Azlan iaitu Azlan Mohd Lazim bahawa anak beliau dipergunakan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat beliau. Semua agensi berita telah memuat naik berita ini pada tengah hari tadi, 8 Mac 2013 (Jumaat).

Apakah berita ini akan menjadi scoop pada hari esok, kita tunggu perkembangan lanjut sehingga lewat hari ini.


Wednesday, March 06, 2013

Operasi Daulat menggempur pengganas di Lahad Datu

As Salam.

Hari ini 6.3.2013 (Rabu), gerakan menggeledah kawasan yang telah diserang oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih lagi berjalan diketuai oleh Polis dengan kerjasama ATM.

Sedikit latar belakang grafik kedudukan pengganas di lahad Datu yang diambil dari blog Malaysiamilitarypower.blogspot.com.


Sehingga malam tadi, laporan berita masih tidak mengesahkan jumlah pengganas suluk yang telah ditemui. Bagaimana pun, angka korban yang telah ditemui sekitar 20-25 orang. 

Menurut spekulasi beberapa forum blog, pengganas suluk ini telah berjaya berpindah sebelum TUDM melakukan serangan ke atas kubu-kubu yang telah dikenal pasti.

Tun Mahathir Mohamad berkata, Malaysia perlu membuat perancangan dengan teliti bagi menangani insiden ini memandangkan pencerobohan secara bersenjata dan melakukan serangan ganas terhadap anggota keselamatan Negara serta ancaman terhadap orang awam adalah perkara baru. Malaysia tidak pernah mempunyai pengalaman menghadapi ancaman secara drastik seperti ini sebelum ini.

Pada hemat saya, keupayaan perisikan kita sama ada di pihak PDRM iaitu Special Branch dan ATM (Military Intelligence) perlu diperkemas dan disusun semula khususnya di kawasan yang dihuni ramai oleh pendatang Filipina dan Indonesia di Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna dan Sandakan. Saya masih kurang berbangga dengan keupayaan perisikan Polis dalam menangani insiden ini memandangkan kematian anggota Polis yang diserang hendap tidak sepatutnya berlaku sekiranya maklumat perisikan mempunyai clue terhadap latar belakang penceroboh yang mengumpan untuk berunding sebelum E1 dihantar.

Bagaimana pun, diharap pihak Bukit Aman dapat mengkaji semula silibus latihan terhadap anggota SB dan meningkatkan tahap lasak anggota polis baru. 

Adakah anggota baru Polis mentah dan lembik? Saya masih percaya terhadap kekuatan pasukan Polis tetapi setiap anggota juga perlu mengambil inisiatif meningkatkan kompetensi masing-masing. 


Tuesday, March 05, 2013

Pengganas di Lahat Datu, Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  dan Salam Sejahtera,

1. Hari ini, 5.3.2013 (selasa), satu operasi ketenteraan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat serangan ke Kg. Tanduo Lahad Datu, Sabah.

2. Serangan menggunakan taktikal tentera ini diambil setelah pihak pengganas memulakan serangan ke atas anggota keselamatan Malaysia yang telah mengorbankan 8 orang pegawai dan kakitangan polis.


3. Al-Fatihah disedekahkan kepada semua jenazah dan didoakan mereka gugur sebagai syuhada.


4. Sehingga 5.3.2013, seramai 8 orang anggota keselamatan yang gugur adalah :


1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak
Semporna:
1. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
2. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
3. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
4. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
5. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
6. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

5. Sehingga pukul 3 petang, pihak keselamatan Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang statistik mengenai kemalangan jiwa yang terlibat semasa Operasi Daulat dilancarkan.


6. Mari kita merapatkan barisan, membulatkan tekad dan bersatu padu bermunajat kepada Allah supaya bumi Sabah dan negara Malaysia dirahmati dengan keamanan. Semoga semua pengganas Suluk dibersihkan dari bumi Sabah. 
7.  Sekiranya anda berminat untuk mengetahui susur galur Kesultanan Sulu dan implikasi perundangan ke atas tuntutan mereka ke atas Sabah, sila ke blog ini. http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-pencerobohan-lahad-datu-oleh-tentera-diraja-kesultanan-sulu/. Terima kasih.