السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera,
1. Tahniah kepada penerima BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 Sekiranya anda ingin menyemak status permohonan anda:
Semakan Keputusan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline?
- Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BRIM 2.o anda dengan cara menelefon talian hotline1-800-222-500 (Pusat Khidmat Barisan Nasional) @ 03 7713 6666(Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN)
- Ataupun anda boleh hantarkan pertanyaan terus melalui emel ini di belanjawan2013@treasury.gov.my bagi mendapatkan maklumbalas yang selanjutnya
- Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
2. Semasa melayari beberapa blog, dan antara blog pilihan bacaan saya blog yang menggunakan tagline Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. Pemilik blog ini adalah Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid Sekiranya anda pembaca muda yang tidak mengenali tokoh ini, sila ke wikipedia dan taipkan nama beliau. Anda akan mengenali sejarah beliau.
3. Saya ingin mengambil kesempatan di ruangan Mypiece kali ini untuk berkongsi ceritera TS Sanusi mengenai kisah Khemah Burung di Denmark. Cerita ini sangat tepat menggambarkan natijah manusia yang hidup di atas suapan orang lain.

KHEMAH BURUNG DI DENMARK.
19. Di satu masa dulu beberapa orang ahli falsafah Denmark telah memikirkan bahawa setelah penghidupan rakyat Denmark begitu selesa maka mereka perlu memberi perhatian kepada burung. Sebagaimana biasa pada setiap tahun, apabila musim sejuk mendatang, burung-burung dari Norway, Sweden Greenland dan utara Scotland didapati berterbangan dengan ramainya menuju ke Mediterranean di mana cuacanya kurang sejuk.
20. Jauh penerbangan mereka ialah beribu batu sehingga menimbulkan simpati ahli falsafah Denmark yang terus merancang untuk membantu membaiki nasib mereka.
21. Setelah mereka membuat keputusan demikian maka sebuah khemah besar telah didirikan di luar kota di Denmark dan di dalamnya mereka kumpulkan banyak makanan untuk burung. Mereka telah menangkap beberapa ekor burung dan melepaskannya ke dalam khemah tersebut dan setelah itu burung itu dilepas semula untuk berterbangan di luar khemah apabila burung-burung dari utara, yang lebih sejuk, berterbangan ke selatan.
22. Hasil interaksi antara burung yang keluar dari dalam khemah dengan burung yang datang berterbangan dari utara maka semakin banyak burung yang datang ke khemah. Walau pun pada mulanya tidak banyak burung yang singgah di khemah di mana terdapat banyak makanan tetapi jumlah ini bertambah dari musim ke musim sehingga jumlahnya berjuta ekor.
23. Setelah beberapa musim sejuk di utara, disebabkan perbelanjaan wang yang begitu banyak sebagai kos membekalkan makanan percuma kepada berjuta ekor burung yang semakin bertambah jumlahnya, maka ahli-ahli falsafah yang memikirkan program ini telah membuat keputusan untuk menutup khemah persinggahan dan menghalaukan burung-burung yang menjadi tetamu di Denmark untuk terbang semula ke Mediterranean seperti sebelum program ini dimulakan.
24. Pada tahun berikutnya keadaan di angkasa Denmark menjadi riuh dan berkecauan. Ada burung yang tidak mahu terbang ke selatan, kerana terlalu lama makan percuma dan sudah lupa kepada tradisi asal; ada burung tidak mahu terbang keselatan kerana dari mula lagi mereka telah singgah di Denmark dan tidak pernah tahu mengenai Mediterranean; burung yang lainnya mati dalam penerbangan ke selatan kerana sudah lama tidak berbuat demikian.
25. Apabila diperiksa maka didapati sendi burung-burung yang mati itu ke semuanya kemerahan bengkak kerana mereka telah memaksa diri untuk terbang sedangkan sendi mereka sudah menjadi lemah kerana terlalu lama makan percuma.
26. Inilah akibatnya, bukan sahaja untuk burung tetapi juga untuk manusia yang lalai dan sentiasa mengharapkan kepada bantuan dan tidak melatih diri dengan meningkatkan jatidiri dengan stamina dan ketahanan.
Akhirul kalam, renungkan dan hayatilah gambar di sebelah ini.
Sekian, terima kasih.
والسلام.